top of page

T = Terima pandangan positif dari orang lain

Kritikan membina untuk majukan diri
Kehidupan anda di dunia ini melibatkan interaksi di antara anda dengan orang yang terdekat (pasangan, keluarga, jiran-jiran dan kawan-kawan) dan juga badan/struktur yang jauh (masyarakat, penguatkuasa, kerajaan, budaya, agama). Interaksi anda dengan persekitaran ini melibatkan pengaruh positif dan pengaruh negatif.

Pilihlah persekitaran yang positif

 

Salah satu cara untuk berjaya adalah dengan berada di kelompok orang yang berjaya. Jika anda berkawan dengan individu yang bersifat positif dan mahu maju ke hadapan, anda boleh belajar bagaimaman kesungguhan mereka berusaha untuk berjaya, bagaimana orang yang berjaya menyelesaikan masalah dan belajar bagaimana mereka menepis unsur-unsur negatif dalam kehidupan mereka. Anda akan belajar “jika mereka boleh, saya juga boleh”.

Jauhi persekitaran yang negatif  

 

Pangaruh negatif akan membawa kepada kehidupan yang negatif. Tanpa kekuatan mental yang tinggi, jika anda berkawan dengan mereka yang mengajak kepada keburukan, anda akan mudah terjerumus sama ke kancah yang sama. Apa yang patut anda lakukan? Ya! Jauhi persekitaran dan rakan-rakan yang membawa ke kancah kehidupan yang negatif dan berkawanlah dengan kelompok rakan-rakan yang bersifat positif. Mari analisa persekitaran anda

persekitaran.png
bottom of page